Pendidikan Islam mula diperkenalkan di universiti ini pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di universiti. Unit tersebut dimantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan disamping kursus Tamadun Islam.

Pada 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisytiharkan oleh Dato Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam Akademik (Hal Ehwal Akademik) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama Non-Akademik (Hal Ehwal Islam) di mana semua aktiviti keislaman universiti ditadbir di bawah satu bumbung di Pusat Islam universiti.Pada 23 Mei 2013, nama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

FALSAFAH

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

Pengurusan ACIS

Muhamad Syafawi bin Abdul Wahab
Pegawai Hal Ehwal Islam
E-mail : syafawi@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5570
FaxNo : 09-356 1046


Piagam Pelanggan
Carta Fungsi
Carta Organisasi