Sejarah

Kampus  Raub merupakan sebuah kampus yang terletak di Mukim  Gali di daerah Raub. Ianya didirikan melalui perancangan oleh  pengurusan tertinggi UiTM bagi memberikan lebih banyak peluang pembelajaran terutama kepada kaum bumiputera.

Kampus ini telah  dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat  konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd. Keluasan kampus ini adalah 80 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar.  Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012.

Majlis Pecah Tanah kampus ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada  04 Mei 2013. Setelah 3 tahun pembinaannya, kampus ini telah berjaya disiapkan pada 31 Oktober 2015. 

Kampus Raub ini turut dilawati oleh KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang pada 28 Jun 2015. Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015. Dengan penerimaan tersebut, kampus Raub telah mula beroperasi pada 29 November 2015.