Hal Ehwal Akademik (HEA)

Bahagian Hal Ehwal Akademik Kampus Raub mempunyai 7 orang kakitangan yang diterajui oleh seorang Penolong Pendaftar, seorang Pegawai Eksekutif Tingkatan Kanan, seorang Pegawai Eksekutif, satu orang Pembantu Tadbir Tingkatan Kanan, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Makmal Tingkatan Kanan ( Media ) dan seorang Pembantu Operasi.

Bahagian HEA secara am nya mengendalikan :

 

  • Urusan Pentadbiran Am
  • Urusan Rekod Pelajar
  • Urusan Kemasukan dan Hal Ehwal Pengajian Pelajar
  • Urusan Konvokesyen
  • Urusan Peperiksaan Akhir Pelajar
  • Urusan Hal Ehwal Keperluan Pengajaran & Pembelajaran
  • Urusan Rakaman dan Suntingan

 

Selain dari itu, Bahagian HEA juga membantu urusan pentadbiran bagi pihak Ketua Pusat Pengajian dan juga Koordinator Program dan Koordinator Kursus.

Objektif

Sejajar Dengan Misi Dan Visi UiTM Dalam Mempertingkatkan Kecemerlangan Akademik Bagi Menerajui Dinamisme Bumiputera Dalam Semua Bidang Profesional Bertaraf Dunia, Bahagian Hal Ehwal Akademik Berperanan Untuk Mencapai Objektif Berikut :  

  • Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Bagi Pelajar Dan Kakitangan Akademik Yang Merupakan Pelanggan Utama Kami
  • Menyediakan Kemudahan Prasarana Yang Kondusif Dalam Melengkapkan Keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran
  • Pengurusan Akademik Yang Cekap Dan Efisien Dalam Mengendalikan Program Akademik
  • Menguruskan Enrolmen Pelajar Sejajar Dengan Pembangunan Kampus
  • Mengeluarkan Graduan Yang Berdaya Saing, Global Dan Beretika Dalam Semua Bidang Profesional Bertaraf Dunia

Piagam Pelanggan

  • Mengaktifkan Status Pelajar Baru di Sistem SiMS Dalam Masa 2 Hari Selepas Pendaftaran Pelajar
  • Mempamerkan Jadual Waktu Kuliah Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Menerima Jadual Waktu Daropada Jawatankuasa Jadual Waktu
  • Mengeluarkan Jadual Waktu Bagi Pengawas Peperiksaan Dalam Tempoh 7 Hari Sebelum Peperiksaan Akhir Bermula
  • Mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar Dalam Tempoh 5 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan DiBuat

Program yang ditawarkan:

  1. PROGRAM YANG DITAWARKAN

    Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

    • Diploma Pentadbiran Awam  -   AM110

    Fakulti Pengurusan Perniagaan

    • Diploma Pengajian Perniagaan -   BM111
    • Diploma Pengajian Bank  -   BM119

    Fakulti Sains Komputer dan Matematik

    • Diploma Sains Komputer -   CS110
    • Diploma Statistik -   CS111

 

Pengurusan HEA

Siti Nasuha binti Amiron
Penolong Pendaftar
E-mail : nasuha606@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5252
FaxNo : 09-356
0776


Carta Fungsi
Carta Organisasi