Bahagian Pentadbiran merupakan antara bahagian terpenting di UiTM (Pahang) Kampus Raub yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia. Ia telah memulakan operasinya pada 15 November 2015 iaitu pada tarikh Kampus UiTM Raub diserahkan oleh pihak Konsesi kepada pihak UiTM. 

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia  supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

Bahagian ini menjalankan operasinya mengikut fungsi-fungsi berikut:

  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Pentadbiran Am
  • Pengurusan Kenderaan
  • Pengurusan Khidmat Pelanggan

JUMLAH STAF

 

Bahagian ini terdiri dari (8) orang staf seperti berikut:

 

BIL

JAWATAN

GRED

BILANGAN STAF

1.     

Penolong Pendaftar Kanan

N44

1

2.     

Pegawai Eksekutif

N29

1

3.     

Pembantu Tadbir Kanan

N22

1

4.     

Pembantu Tadbir

N19

1

5.     

Pembantu Operasi

N11

1

6.     

Pemandu

H11

3

 

Pentadbiran

Mohd Hasni Hussin
Penolong Pendaftar Kanan
E-mail : hasni_hussin@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5212
FaxNo : 09-355 0776


Piagam Pelanggan
Carta Fungsi
Carta Organisasi