Pengenalan

Pejabat Bendahari bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal melibatkan Pengurusan Kewangan Kampus UiTM Raub. Pada tanggal 15 November 2015, Pejabat Bendahari telah mula beroperasi sepenuhnya di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dan ditempatkan Aras 1, Bangunan Pentadbiran Dato’ Bahaman diketuai oleh Penolong Bendahari Kanan.

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

Objektif

  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
  • Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.

 

JUMLAH STAF

 

Bahagian ini terdiri dari (6) orang staf seperti berikut:

 

BIL

JAWATAN

GRED

BILANGAN STAF

1.     

Penolong Bendahari Kanan

W44

1

2.     

Penolong Akauntan

W29

5

Pejabat Bendahari

Nurkamarusyani Mohd Zain
Penolong Bendahari Kanan
E-mail : syani@uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5231
FaxNo : 09-355 0940


Piagam Pelanggan
Carta Fungsi
Carta Organisasi

Lain lain Perkhidmatan

Info Bayaran
Ikuti Kami di Facebook