Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (BPPF)

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (BPPF) merupakan antara bahagian terpenting di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal ehwal berkaitan pembangunan dan pengurusan fasiliti. Bahagian ini memainkan peranan penting bagi memberikan persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk pelajar dan semua warga kampus. Ia telah memulakan operasinya pada 15 November 2015 iaitu pada tarikh pembukaan Kampus UiTM Raub.

Visi
Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi universiti.

Misi
Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta memoptimumkan penggunaan aset secara professional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan,pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti.

Objektif

 

  • Mewujudkan pengurusan aset yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan pengurusan yang cekap dan tersusun.
  • Memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan yang cekap, cepat dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan terhadap laporan kerosakan, serta merangka dan mengenalpasti punca berlakunya kerosakan demi mencapai matlamat kearah kerosakan sifar.
  • Menjadi sebuah organisasi yang mempunyai pengurusan yang mantap dengan menyediakan kakitangan yang baik dari segi nilai dan etika mahupun kemahiran yang luas bagi menjadikan UiTM Pahang setanding dengan mana-mana Universiti dari segi kemudahan pendidikan serta infrastruktur untuk pendidikan bumiputera.

 

 

BPPF

 

Mohammad Khairuddin b. Amran
Jurutera
E-mail : 
khairudinamran@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5216
FaxNo : 09-355 0776


Piagam Pelanggan
Carta Fungsi
Carta Organisasi