Pengenalan

Pada awal penubuhannya, dikenali sebagai bahagian keselamatan dan pernah diletakkan dibawah seliaan pejabat pengarah, pejabat pendaftar dan pejabat canseleri. Mulai 01 februari 2008, jawatankuasa eksekutif telah bersetuju supaya bahagian keselamatan uitm diselia oleh pejabat pendaftar . Bahagian keselamatan uitm kemudiannya mendapat pengiktirafan menjadi ibu pejabat polis bantuan uitm yang mana telah berkuatkuasa pada julai 2011. Moto pasukan polis bantuan uitm adalah tegas, adil dan berhemah.

Visi

Unit Polis Bantuan sebagai Pusat Pengurusan Keselamatan Universiti yang cemerlang berteraskan penggunaan teknologi bagi menyokong dan mendorong kearah pencapaian visi universiti.

Misi

Memberi perkhidmatan yang professional, berintegriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan kampus yang selamat demi menjaga imej universiti.

Objektif

Memberi khidmat polis ke kawasan – kawasan di mana liputan polis tidak berkesan. Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di jabatan–jabatan kerajaan , badan-badan berkanun dan sektor swasta mempunyai kuasa-kuasa polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan. Sebagai unit sokongan / bantuan kepada pdrm dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

 

 

 

Polis Bantuan UiTM Raub

En. Mohd Faizol Mohamad
Penolong Pengawal Keselamatan (KP29)
E-mail : mfaizol@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5613
FaxNo :09-3550776


Piagam Pelanggan
Carta Fungsi
Carta Organisasi