Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Pahang merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan menyediakan kemudahan seperti penginapan, sukan dan membantu kebajikan pelajar. Dalam masa yang sama ianya perlu berfungsi dalam membangunkan potensi diri pelajar supaya menjadi insan yang sepadu dengan unsur-unsur rohani, jasmani, emosi dan intelek seperti digaris oleh Falsafah Pendidikan Negara.

  • Pentadbiran Am ini terdiri daripada:
  • Unit Aktiviti Pelajar
  • Unit Tatatertib
  • Unit Bantuan Kewangan/PTPTN
  • Unit Latihan

Misi

Untuk mengukuhkan pembelajaran dan pendidikan ke arah melahirkan graduan yang serba boleh yang mempunyai nilai-nilai daya tahan dan daya juang yang tinggi, berilmu, beriman dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif .

Objektif

  • Membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi lulusan yang sentiasa berilmu, beriman, bertaqwa dan beramal selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara
  • Membentuk dan memupuk sifat amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan melalui nilai kepimpinan dan disiplin
  • Menanam semangat keberanian, keyakinan, ketrampilan dan berdikari serta sanggup menghadapi cabaran
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat dan cerdas agar sentiasa berfikiran positif dan kreatif
  • Menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar
  • Meningkatkan kualiti kakitangan
  • Melengkapkan dan meningkatkan kualiti kelengkapan pejabat .

 

Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Mohd Amirul Asyraf bin Abd Aziz
Penolong Pendaftar
E-mail : amir3158@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5276
FaxNo : 09-355 1432



Piagam Pelanggan

Carta Fungsi
Carta Organisasi