Unit Kesihatan

Unit kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub mula beroperasi secara rasminya pada 29.11.2015

Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk menawarkan rawatan perubatan dan kesihatan asas kepada mahasiswa dan mahasiswi seramai lebih kurang 3000 pelajar.

Unit kesihatan terdiri daripada 5 orang staf yang diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan U29,1 orang Penolong Pegawai Farmasi U29,2 orang Jururawat U29 dan 1 orang Pemandu.

Visi

Untuk menjadikan sebuah organisasi yang menyediakan perubatan dan kesihatan peringkat primer yang setaraf dengan negara maju.

Misi

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktivit pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM

Objektif

Untuk menjadikan Unit kesihatan sebagai sumber perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya yang mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berdasarkan kepada falsafah,visi dan misi bahagian Unit Kesihatan telah menyusun strategi untuk berperanan sebagai pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang melalui:-

  1. Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa.
  2. Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar selaras dengan skim perkhidmatan pelajar.
  3. Pengurusan rekod kesihatan dan maklimat kesihatan pelajar dengan memastikan bahawa ianya sentiasa dikemaskini dan betul
  4. Amalan penghasilan kerjaya yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti
  5. Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamankan kesihatan
  6. Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap ,mesra dan berkesan
  7. Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Kampus Raub Pahang
  8. 80% pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.

 

 

Unit Kesihatan

Muhammad Noor Adham Mukhtar
Pen. Pegawai Perubatan
E-mail : adhammukthtar@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5792
FaxNo : 09-355 0776