Unit Kokurikulum

Pada 2 Oktober 2007, Unit Kesatria telah ditukarkan nama kepada Unit Kokurikulum dimana fungsinya telah berubah iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perlaksanaan latihan semua kursus kokurikulum di UiTM Pahang Kampus Raub. Tugas mentadbir urusan kokurikulum sebelum ini adalah dibawah Pentadbiran HEP telah diserahkan sepenuhnya kepada Unit Kokurikulum. UiTM Pahang Kampus Raub buat masa ini dengan kekuatan 9 orang Jurulatih sambilan telah menawarkan 4 kursus di bawah komponan Badan beruniform, 1 kursus di bawah komponen kesenian dan kebudayaan, 1 kursus di bawah komponen sukan dan 2 kursus dibawah komponen kerohanian dan pembinaan diri.

Program Kokurikulum telah diperkenalkan sejak 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi melahirkan graduan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri model graduan UiTM.

Dibawah perenggan 1.40 peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA, kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Visi

Menjadikan sebuah jabatan yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Misi

Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.

Objektif

Bagi mencapai visi dan misi tersebut, Bahagian HEP & Alumni menggariskan tiga objektif seperti berikut :-

  •   Memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
  •   Merangka dan melaksanakan program pembanguana pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yagn bersifat holistik, menepati  ciri-ciri model graduan UiTM.
  •   Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara.

 

Unit Kokurikulum

Nur Syuhada bt. Mat Junoh
Pen. Pegawai Kesatria
E-mail : syuhada91@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5280
FaxNo : 09-355 0776