Unit Pengurusan Kolej (UPK)

Unit Pengurusan Kolej (UPK) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dibuka secara rasmi pada 16 November 2015. Unit ini merupakan salah satu Unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang bertanggungjawab mengurus kemudahan dan kebajikan pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman. Seramai hampir 3,000 pelajar ditempatkan di Kolej Kediaman yang terdiri daripada Kolej Mat Kilau, Kolej Tun Teja I dan Kolej Tun Teja II.Ditadbir urus oleh seorang Penolong Pengurus Asrama dan dibantu oleh seorang Pegawai Eksekutif, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi. Bagi memastikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelajar, unit ini juga mempunyai seramai 12 orang Staf Residen Kolej (SRK), 20 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan dibantu oleh 30 orang ‘Repcoll’. Pengurusan dan pentadbiran unit ini terikat dengan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Peraturan Kolej Kediaman.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat.

Objektif

  • Mengendalikan program pendidikan di peringkat separa professional dan professional sesuai dengan keperluan gunatenaga manusia, terutama dalam bidang sains dan teknologi, perniagaan dan pengurusan.
  • Menanam sikap positif dan membentuk keperibadian mulia menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahuan serta penghayatan terhadap islam.
  • Membimbing dan melantik belia-belia bumiputera yang kurang bernasib baik agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia pekerjaan, sanggup berdikari dan lebih berani menjadi agen perubahan dalam sebuah masyarakat majmuk.

 

Unit Pengurusan Kolej

Hanisah Abdul Halim
Pen. Pengurus Asrama
E-mail : nisa88@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5776
FaxNo :
09-355 1432