Unit Sukan

Sesuai dengan namanya, unit sukan berfungsi sebagai sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti dan urusan di universiti ini, baik yang melibatkan staf ataupun pelajar.

Antara fungsi lain ialah:

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan pelajar baik berbentuk harian, latihan dan kejohanan.
  • Menasihati, membantu dan memantau kelab/persatuan sukan pelajar dan staf dalam menjalankan aktiviti sukan.
  • Memastikan padang/gelanggang dan kemudahan sukan dapat digunakan dengan selamat.
  • Menguruskan sistem dan perjadualan penggunaan padang/gelanggang sukan baik untuk pelajar, staf mahupun penyewa pihak luar.

Objektif
Memberi perkhidmatan dalam apa jua urusan sukan pelajar dan staf. Ianya melibatkan urusan sukan didalam mahupun di luar kampus. Unit ini juga bertanggungjawab mengenalpasti dan mengembangkan bakat-bakat sukan di kalangan pelajar dan staf.


Piagam Pelanggan

  • Sesungguhnya kami dengan ini memberi perkhidmatan terbaik dan cekap kepada pelajar dan kakitangan UiTM serta masyarakat luar amnya.
  • Memastikan keperluan-keperluan pelajar yang berkaitan dengan aktiviti, penubuhan persatuan, kursus, kemudahan penginapan, penyediaan makanan, kemudahan tempat riadah, kokurikulum dan kebajikan pelajar diutamakan.
  • Membimbing dan mendidik pelajar serta memupuk semangat kekitaan di kalangan mereka supaya dapat membentuk keperibadian yang sihat dan progresif serta bersikap positif. Untuk mencapai matlamat ini, kursus-kursus dan bengkel-bengkel serta forum diadakan.
  • Memastikan perhubungan kakitangan dan pelajar didalam keadaan baik  terutama dari segi menerima/menyelesaikan masalah, kesulitan yang dihadapi serta memberi sebarang pendapat yang diperlukan dan juga sebagai penasihat ke atas sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar.
  • Memastikan segala maklumat yang diperlukan adalah berketetapan dan lengkap.
  • Memastikan rekod pelajar (kegiatan/persatuan) sepanjang semester sentiasa dikemaskinikan.

 

Unit Sukan

YM Engku Syahrial b. Engku Halin
Pen. Pegawai Belia & Sukan
E-mail : engkusyahrial@uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5748
FaxNo : 09-355 0776


Ahmad Saiful Lubis bin Shamsudin
Pembantu Belia & Sukan
E-mail : saifullubis@uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5749
FaxNo : 09-355 0776


Siti Nurulaini binti Mohd Tahir
Pembantu Belia & Sukan
E-mail : nurulaini_tahir@pahang.uitm.edu.my
Phone No : 09-351 5748
FaxNo : 09-355 0776